Páginas

Powered by Blogger.

Buscar

RSS

20 tahun akan datang

Perasaan semakin membelenggu sejak akhir-akhir nie.. Semakin jauh tersimpang
moral dan akhlak manusia zaman sekarang. Kalau sekarang kita sudah dengar macam-macam masalah moral,
cuba kita bayangkan 20 tahun akan datang.. Kes zina, kes khlawat, kes dadah dan macam-macam lagi..
Di mana silap nya.. Di dalam insitusi keluarga lah yang pertama perlu dititikberatkan..
perhatian dan kasih sayang perlu dicurahkan kepada anak-anak.. Didikan agama dan rohani perlu diterapkan
dengan cara yang betul.. Banyak lagi perkara yang perlu di ambil perhatian dalam mendidik anak-anak..
walaupun aku masih belum berkahwin, tetapi peristiwa ini amat membimbangkan aku untuk masa hadapan..
Dimana kita pada waktu ini..? Apa peranan kita ketika itu? Berjayakah didikan kita untuk mereka semua?
Menyedari banyak kekurangan aku, Aku melihat kepada basic semula
iaitu memantapkan keperluan agama dan rohani.. Menyingkap dimana senjata dan perisai yang perlu
aku sediakan sebelum memikul tanggungjawab.. Panduan BUku Ilmu agama
"Aku Terima Nikahnya" sedikit sebanyak menyunting minda aku untuk memperbaiki kekuranggan..
Nampak buku ini macam orang yang ingin melangkah ke alam perkahwinan.. Janganlah kita pandang bukunya
pada luaran nya.. Pengisian nya meliputi kehidupan dan semua usia.. Banyak lagi cara yang boleh kita
lakukan selain membaca buku yang aku sebutkan ini.. Apa yang penting, kesedaran itu perlu ada, supaya
kita boleh memulakan perancangannya dan menghayatinya.. Bukankah tuhan itu menjanjikan yang terbaik sekiranya kita juga mahukan yang terbaik.. Bukan mudah untuk mendapatkan yang terbaik, kerana yang terbaik itulah perlu melalui cabaran dan dugaan dari ALLAH..

0 comments:

Post a Comment