Páginas

Powered by Blogger.

Buscar

RSS

Diri Rasa Malu Mengakui Semuanya



Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati atau hati menjadi keras adalah:
  1. Mengaku cinta Allah Subhanahu Wataala, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya
  2. Mengaku cinta kepada Rasulullah Sallallahualaihi wassalam, tetapi mengabaikan sunnah baginda
  3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya
  4. Memakan nikmat-nikmat Allah Subhanahu Wataala, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya
  5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya
  6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya
  7. Mengaku adanya siksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya
  8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya
  9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri
  10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil iktibar darinya.

AstarfiruALLAH, malunya aku ....

Yakini Ia akan Bangkit

Dulu Instanbul di panggil kota konstantinopal yang diperintah oleh Kristian yang zalim. Lalu Rasulullah mengutuskan pesanan pada maharaja tersebut dengan sabda nya.

“Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukkannya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah komandonya adalah sebaik-baik pasukan.” 
[H.R. Ahmad bin Hanbal Al-Musnad 4/335].

Dengan hadis di atas, akhirnya Instanbul berjaya di tawan oleh seorang sultan yang bernama sultan. Muhammad al Fateh. Beliau adalah seorang yang bersemangat jihad tinggi, berakhlak mulia, taat dan patuh pada ALLAH, rendah diri, mahir dalam agama, ketenteraan. Semasa pertempuran, kapal-kapal perang yang di ketuai oleh Al-Fateh di sekat masuk oleh satu rantai raksasa yang di pasang sepanjang laluan masuk kapal ke kota istanbul. Keadaan ini menyebabkan kapal-kapal perang Al-Fateh tidak dapat masuk ke kota istanbul. Berbekalkan semangat jihad yang tinggi dan yakin pada ALLAH, sultan Al Fateh telah mengarahkan sebahagian kapal-kapal perang itu merentasi laluan darat sehingga menuju di hadapan tembok kota Instanbul. Apa yang membanggakan, strategi pertempuran ini memang tidak pernah digunakan oleh mana-mana pertempuran sebelum ini. Dengan akhirnya peperangan ini telah berpihak pada orang Islam dengan pertolongan ALLAH.



Dan hari ini, kita lihat kemunduran Islam telah berlaku. Melalui pesanan Rasulullah, akhir zaman nanti, Islam akan bangkit semula. Pasti akan berlaku.

Ada seorang ustaz dalam ceramah berkata

" " " " " " " " " " " " " " " " " 
Sejauh mana manusia hari ini percaya akan kegemilangan Islam akhir zaman? Padahal kita semua sedar bahawa apa yang Rasulullah ungkapan itu pasti akan berlaku.. Tetapi sejauh mana manusia hari berusaha untuk memperjuangkannya? 

" " " " " " " " " " " " " " " " "

Ustaz tersebut menyambung lagi ucapan nya daripada ucapan Sultan Mesir dalam khutbahnya..

" " " " " " " " " " " " " " " " "

Aku lihat bahawa Islam ini jauh lagi untuk mencapai kegemilangannya kerana lihat sahaja pada barisan saf solat pada waktu subuh. Itu sudah mengambarkan masih terlalu lemah umat Islam hari ini dan masih jauh untuk kita bangkit mencapai kegemilangan Islam..

" " " " " " " " " " " " " " " " " "




Penantianmu Di Syurga




Adakah kita akan dapat bertemu semula dengan pasangan hidup kita dan anak-anak kita di syurga?
Berfikir sejenak tentang hal ini.. Atau pun allah akan menganugerah cinta yang baru disana.. Itu semua ketentuan tuhan.. Dengan berjuta-juta manusia yang mengerumuni syurga yang seluas-luas nya, tentu tidak terjangkau akal fikiran manusia untuk bertemu semula dengan pasangan hidup kita di syurga nant. Manakan tidak nya, cuba bayangkan sahaja di dunia ini, ini pun suda cukup luas pada pandangan mata zahir kita..

Dengan izin NYA, alangkah bersyukur nya kalau dapat di pertemukan semula dengan pasangan hidup kita di syurga.. Tersentuh hati aku membaca sebuah buku berkisah kan penantianmu di syurga.. Bagaimana kedua-dua nya ingin ke syurga..Itu persoalan?? Sudah semestinya dengan menjalankan apa yang di perintah NYA, suami sebagai pemimpin kepada isterinya.. Itu sudah menjadi kebiasaan dan semua orang tahu.. tetapi pada hakikatnya, adakah semua sedar dan berusaha ke arah itu.. Kita semua sama, aku pun sama.. kadang kala terleka dan tersilap..

Mari saya kupaskan dalam konteks yang berbeza.. Mimbimbing pasangan kita ke syurga perlu membimbing sebuah rumahtangga ke arah itu juga.. Isteri jangan di abaikan, anak-anak jangan di pinggirkan.. Demi mencapai kebahagian rumahtangga, memerlukan ketenangan dalam setiap isi rumahtangga..
Bagaimana ingin mencapai ketenangan..? Ketenangan itu ada pada hati yang perlu di ikat hubungan nya dengan tuhan.. Oleh itu bahagia tidak akan wujud tanpa ketenangan dan ketenangan itu pula tidak akan wujud tanpa ikatan hubungan dengan tuhan.. Dan siapa yang mencapai ketenangan yang tinggi sama ada suami mahupun isteri, dia lah yang akan lebih banyak memberi kebahagian kepada pasangan nya dan mendapat kebahagian nya sendiri..

Harta dan wang tidak boleh di tukar ganti dengan sebuah kasih sayang..Didikan agama dan kasih sayang perlu ada dalam rumahtangga.. Berapa ramai kah suami yang betul-betul prihatin pada isteri di kala isteri sakit.. Apabila isteri nya batuk, jawapan nya adalah penyakit orang tua.. Seandainya anak merosakkan harta kesayangan kita, di marahi dan di dendam akan kesilapan nya.. Bagaimana pula bagi yang sibuk bekerja.. Alasan nya adalah untuk isteri dan anak-anak.. Di ketika kekayaan itu dikecapi, di situlah kesihatan terabai, kasih sayang terlerai, anak-anak terpinggir, isteri terabai..

Kadang-kala isteri menunggu suami di depan pintu rumah dengan penuh kebimbangan apabila melihat suami pulang lewat.. Ada kemalangan kah? Kecurian kah? Isteri sering bertanya di fikiran dengan penuh sabar dan kerisauan.. Dan apabila suami sampai di rumah, suami pula menunjukkan muka yang kurang elok pada isterinya.. Layakkah kita mahu menunggu pasangan hidup di pintu syurga sedangkan menunggu di pintu rumah dunia pun kita masih tidak mampu.. Mampukah kita mahu membawa cinta sampai ke syurga..? Bersama lah kita muhasabah dan perbaiki di mana kekurangan nya..  


Fitrah Hati Seorang WANITA




Allah menciptakan wanita dihiasi dengan kelembutan..
kelembutan yang di anugerahkan untuk mendamaikan
diselaputi dengan penuh kesabaran
hati yang belajar erti ketaatan dan kesetiaan

Muslimah sekalian,
Sedarkah kalian secara fitrahnya Allah menciptakan kamu dengan hati yang kuat.
Terkadang emosi kamu yang lebih menguasai hati membuatkan kamu lupa
betapa tabah dan kuatnya hati ini.
Betapa cantik dan indahnya Allah ciptakan wanita itu dengan kelembutan
dan kekuatan yang ada pada kamu.
Bertambah cantik lagi seorang wanita yang menghiasi emosi dan hatinya
dengan cinta kepada Illahi.

Wahai wanita,
Jika kamu sedar betapa kuat Allah ciptakan kamu, janganlah mudah
jatuh pada satu ujian yang diberiNya.
Emosi yang dianugerahkan Allah kepada kamu adalah tanda betapa hati
wanita ini sangat peka.
Peka pada setiap perkara untuk menuju jalan rahmat bahagia.
Bukan tanda kelemahan tetapi sebagai pelengkap dalam rumahtangga.

Muslimat sekalian
Kehadiran wanita untukmu adalah fitrah melengkapkan mu
meghiasi ketenangan di kala kamu keresahan..
menjadi pencetus idea mu melalui naluri hatinya yang penuh rasa
bukan kelemahan dan malah mengukuhkan
mengukuhkan lagi tiang jagaanmu daripada keruntuhan..

Jika kalian jatuh hari ini,bangunlah.
Jangan pernah dikesalkan.
kerana
Hari ini mengajar kalian tentang hari esok.
Agar pengalaman hari ini membuat kalian lebih bersedia dan lebih
mengingatiNya pada perjalanan kalian yang seterusnya.
InsyaALLAH.

Usaha Doa Tawakal


Sayangnya maha Pencipta pada Umat yang alpa


Allah telah memuliakan umat ini dengan lima kemuliaan


Allah telah memuliakan umat ini dengan lima kemuliaan:
1. Allah menjadikan mereka lemah supaya tidak sombong.
2. Mereka dijadikan kecil-kecil supaya tidak memberatkan belanja, makan, minum dan pekerjaan.
3. Menjadikan usia mereka pendek supaya kurang dosa mereka.
4. Menjadikan mereka faqir/ miskin supaya meringankan hisab mereka di akhirat.
5. Menjadikan mereka umat terakhir supaya tidak tinggal lama di dalam kubur.

Weeding Planning

Tahun ini kah aku akan berkahwin? Mungkin Tahun depan? atau pun tidak bekesempatan.. Tetapi itu semuanye terjadi atas ketentuan ILAHI tentang waktunya dan siapa jodohnya..

sepotong hadith yang berbunyi,  

“Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, 
keturunannya, kecantikannya dan agamanya.  Maka utamakanlah (dalam 
pemilihanmu itu) wanita yang kuat  beragama, nescaya sejahtera hidupmu” 
(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Sebagaimana Firman  di dalam Surat Ar-Rum ayat 21 :

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir".

Jodoh dan perkahwinan bukan satu perkara yang boleh dianggap mudah. Bukan dilihat mahar nya yang mahal mahupun persiapan majlis perkahwinan yang serba serbi indah bagaikan bersinggah-sana di atas takhta sang raja yang kacak dan pemaisuri yang cantik berhias..

Mari saya bawakan senario.. :-)

semasa bercinta.. Agak-agak la kan, apa agaknya yang selalu dibuat semasa zaman bercinta ini secara am nya.. Berdating, makan-makan, tengok wayang, jalan-jalan.. Betul tak? hehehehe..

menuju alam perkahwinan.. Wah, tentu rasa seronok apabila si ADAM dan si HAWA sudah merancang untuk mendirikan rumahtangga.. Mulalah dirancang dengan rapi NYA.. Buku catalog perkahwinan di belek-belek hari-hari, Kad kahwin dicari-cari , hantaran bagaimana untuk dihiasikan.. Siapa yang tak nak nampak cantik dan meriah di majlis perkahwinan nant.. Betuk tak? hehehe

Persoalan nya.. ???????? Kenapa kita tak mensibukkan diri untuk mempelajari ilmu rumahtangga.. Sambil-sambil kita berdating tu,sambil-sambil singgah di kedai buku ilmiah ke.. sambil-sambil kita belek catalog perkahwinan, sambil-sambil kita belek-belek buku Panduan Memimpin Kerajaan Rumahtangga, sambil-sambil kita berbual dengan tunang kita di laman web sosial Facebook, apa salah nya kalau menyinggah di laman web yang ada pengisian rumahtangga.. Persoalan nya lagi.. kamu tidak mahu bahagia sepanjang perkahwinan? kamu tak mahu kekal sehingga akhir hayat? Sudah semestinya semua nya mahu, baik yang Islam mahupun bukan Islam.. Dan sebab itulah, mahirkan diriMu dengan ilmu-ilmu rumahtangga seperti ilmu mendidik keluarga,ilmu perancangan keluarga,ilmu muamalat (jangan hanya ilmu munakahat sahaja), ilmu merancang ekonomi keluarga, ilmu mendidik anak-anak.. Janganlah sampai bercerai-berai disebabkan jahil nya tentang agama dan kehidupan.. 

Melangkah alam perkahwinan, majlis perkahwinan dirancang begitu rapi supaya ia nampak meriah di majlis raja sehari. WAH... hari bersejarah tue.. (orang puteh ckp MEMORY ) .. Tetapi isikan diri Mu ilmu-ilmu rumahtangga. Janganlah terlalu sibuk dengan hal majlis perkahwinan sahaja. Pelamin la, hantaran berapa dulang la, jamuan makan la... Kamu itu mahu memikul tanggungjawab, si ADAM perlu kental dan mahir dalam ilmu rumahtangga, si HAWA pula perlu bersiap sedia menjadi pembantu si ADAM.. 

Apa yang saya nak ingatkan, 

Persandingan itu hanya sekali.. Perkahwinan itu sepanjang masa..
Semaikanlah diri dengan benih-benih yang berguna, agar-agar benih-benih yang disemai itu boleh bercambah menjadi pepohon yang kuat berdiri lagi banyak, supaya seluruh ahli keluargaMu dapat berlindung di bawah nya dengan selamat..