Adakah kita akan dapat bertemu semula
dengan pasangan hidup kita dan anak-anak kita di syurga?
Berfikir sejenak tentang hal ini.. Atau
pun allah akan menganugerah cinta yang baru disana.. Itu semua
ketentuan tuhan.. Dengan berjuta-juta manusia yang mengerumuni syurga
yang seluas-luas nya, tentu tidak terjangkau akal fikiran manusia
untuk bertemu semula dengan pasangan hidup kita di syurga nant.
Manakan tidak nya, cuba bayangkan sahaja di dunia ini, ini pun suda
cukup luas pada pandangan mata zahir kita..
Dengan izin NYA, alangkah bersyukur nya kalau
dapat di pertemukan semula dengan pasangan hidup kita di syurga..
Tersentuh hati aku membaca sebuah buku berkisah kan penantianmu di
syurga.. Bagaimana kedua-dua nya ingin ke syurga..Itu persoalan??
Sudah semestinya dengan menjalankan apa yang di perintah NYA, suami
sebagai pemimpin kepada isterinya.. Itu sudah menjadi kebiasaan dan
semua orang tahu.. tetapi pada hakikatnya, adakah semua sedar dan
berusaha ke arah itu.. Kita semua sama, aku pun sama.. kadang kala
terleka dan tersilap..
Mari saya kupaskan dalam konteks yang
berbeza.. Mimbimbing pasangan kita ke syurga perlu membimbing sebuah
rumahtangga ke arah itu juga.. Isteri jangan di abaikan, anak-anak
jangan di pinggirkan.. Demi mencapai kebahagian rumahtangga,
memerlukan ketenangan dalam setiap isi rumahtangga..
Bagaimana ingin mencapai ketenangan..?
Ketenangan itu ada pada hati yang perlu di ikat hubungan nya dengan
tuhan.. Oleh itu bahagia tidak akan wujud tanpa ketenangan dan
ketenangan itu pula tidak akan wujud tanpa ikatan hubungan dengan
tuhan.. Dan siapa yang mencapai ketenangan yang tinggi sama ada suami
mahupun isteri, dia lah yang akan lebih banyak memberi kebahagian
kepada pasangan nya dan mendapat kebahagian nya sendiri..
Harta dan wang tidak boleh di tukar
ganti dengan sebuah kasih sayang..Didikan agama dan kasih sayang
perlu ada dalam rumahtangga.. Berapa ramai kah suami yang betul-betul
prihatin pada isteri di kala isteri sakit.. Apabila isteri nya batuk,
jawapan nya adalah penyakit orang tua.. Seandainya anak merosakkan
harta kesayangan kita, di marahi dan di dendam akan kesilapan nya..
Bagaimana pula bagi yang sibuk bekerja.. Alasan nya adalah untuk
isteri dan anak-anak.. Di ketika kekayaan itu dikecapi, di situlah
kesihatan terabai, kasih sayang terlerai, anak-anak terpinggir,
isteri terabai..
Kadang-kala isteri menunggu suami di
depan pintu rumah dengan penuh kebimbangan apabila melihat suami
pulang lewat.. Ada kemalangan kah? Kecurian kah? Isteri sering
bertanya di fikiran dengan penuh sabar dan kerisauan.. Dan apabila
suami sampai di rumah, suami pula menunjukkan muka yang kurang elok
pada isterinya.. Layakkah kita mahu menunggu pasangan hidup di pintu
syurga sedangkan menunggu di pintu rumah dunia pun kita masih tidak
mampu.. Mampukah kita mahu membawa cinta sampai ke syurga..? Bersama
lah kita muhasabah dan perbaiki di mana kekurangan nya..





0 comments:
Post a Comment