Páginas

Powered by Blogger.

Buscar

RSS

BEST FRIEND FOREVER

BEST FRIEND FOREVER…. Biasa kedengaran.. BFF.. BFF..

Nama yang begitu simbolik yang diguna pakai dalam sesuatu hubungan antara manusia yang rapat pada masa sekarang.. Saling cuba memahami, saling cuba membantu dan apa sahaja atas satu symbolik nya BFF.. Alhamdulillah kerana generasi  seperti ini mempunyai sifat prihatin di dalam sesuatu hubungan.. Tidak lengkaplah dirinya tentang keimanannya dan kehidupannya sekiranya dia hanya membatu bersendirian di rumah..  Tetapi kadangkala, hubungan bagaikan retak menanti belah seandainya di antara kita mengkhianati sesame sendiri, ataupun kita difitnah kerana mengkhianati teman BFF kita.. Berbekal doa, usaha dan tawakal pada ALLAH , kita mencari penyelesaiannya.. ALLAH bagaikan BEST FRIEND FOREVER pada kita semua…  Malah lebih dari BEST FRIEND FOREVER  pada kita semua.. Dia memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk kita walaupun kadangkala kita berbelah bagi dengan takdirNYA.. SYUKUR ALHAMDULLILAH

Walau diri seringkali alpa..
Walau dibeban segunung dosa..
Walau terasa jauh dari rahmatNya..
Tuhan tidak pernah lupakan kita..

Dimana kita berada, dia cuba lindungi kita dari bahaya.. Dalam kesibukan kita menangani masalah harian atau kerja, dia menguranginya mengikut kemampuan kita..

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah al-Baqarah: 286)

Dalam kita berjaya, dia berikan rezeki yang cukup untuk memudahkan urusan kita.. Kadangkala dia datangkan ujian untuk kita agar kita tidak jauh tersasar.. Itu tanda kasih saying NYA pada kita.. Hanya Dia sahaja yang mampu menjaga kesemua hamba-hambanya .. Bagaimana dengan kita, sudah semestinya jauh pada pandangan kemampuan kita untuk melakukannya.. Kasih sayang NYA, turunlah Rahmat nya pada kita.. Kasih sayang NYA juga, didatangi dugaan pada kita.. Tuhan tidak pernah lupakan kita kerana dia bagaikan lebih dan lebih dari BEST FRIEND FOREVER UNTUK KITA SEMUA…

Kerana terasa diri masih banyak kekurangan, Berikan kami petunjuk Mu yang masih belum terungkai lagi tersirat.. Berikanlah kami rahmatMU walaupun ia sekecil zarah.. Berkatilah Niat ikhlasku ini.. Sedarkanlah kami seandainya kami menghampiri kelalain..

Bercinta Sampai Ke Syurga

Dan tibalah saatnya untuk kita berikan cinta ini kepada pemilik yang seterusnya. Hanya kepada si dia, yang halal. Cinta ini adalah lubuk pahala
Bila baju melayu bertemu baju kurung. Hati bergetar. Terasa perasaan yang berlainan. Adakah itu cinta, mungkin ya. Jadi, adakah ia salah?
Betul atau salah bergantung kepada apa yang kita lakukan selepas itu. Jika kita memilih mendekati kepada jalan yang salah, kita menghampiri kepada cinta yang salah. Dan bermulalah proses penghasilan lubuk-lubuk dosa kita. Lubuk dosa yang penuh dengan angan-angan, lubuk dosa yang penuh dengan tangisan merajuk, lubuk dosa yang penuh pembaziran wang ringgit dan waktu, lubuk dosa yang penuh dengan syakwasangka kepada si dia yang mungkin curang, lubuk dosa dengan pergaduhan, lubuk dosa dengan ungkapan sayang yang bersifat luaran, lubuk dosa dengan berbangga dengan gambar-gambar berdua-duaan, yang mendekatkan diri kepada zina mata, zina hati. Dan terlebih bimbang jika pengakhirannya akan membawa penyesalan kepada diri- sendiri.
Tapi jika kita memilih menyalurkannya kepada jalan yang betul, ini akan menjadi sebuah cinta yang halal, cinta yang mampu menjadi lubuk pahala bagi kita. Lubuk pahala yang mampu memberikan ganjaran berlipat-lipat ganda.
Cinta ini adalah lubuk pahala. Jika belum bersedia, atau belum mampu, atau belum tiba masanya, tetapi perasaan fitrah itu sudah ada, inilah yang akan menjadi lubuk pahala bagi kita. Bermujahadahlah. Tambahlah istighfar kepadaNya, berpuasalah untuk menjaga sebuah fitrah yang indah ini, dan teruslah berdoa. "Prayer is the best armor against all trials".
Dan dalam masa menanti seorang yang soleh hadir, kita bukan hanya perlu mencari, tetapi perlulah menjadi. Berusaha menjadi seorang wanita yang solehah, dan cuba memperbaiki kekurangan diri semampu yang mungkin.


"Kerana diri ini sentiasa leka, aku memesan untuk diriku dan berkongsi bersama orang lain. Berkatilah niat ku , ya ALLAH"

20 tahun akan datang

Perasaan semakin membelenggu sejak akhir-akhir nie.. Semakin jauh tersimpang
moral dan akhlak manusia zaman sekarang. Kalau sekarang kita sudah dengar macam-macam masalah moral,
cuba kita bayangkan 20 tahun akan datang.. Kes zina, kes khlawat, kes dadah dan macam-macam lagi..
Di mana silap nya.. Di dalam insitusi keluarga lah yang pertama perlu dititikberatkan..
perhatian dan kasih sayang perlu dicurahkan kepada anak-anak.. Didikan agama dan rohani perlu diterapkan
dengan cara yang betul.. Banyak lagi perkara yang perlu di ambil perhatian dalam mendidik anak-anak..
walaupun aku masih belum berkahwin, tetapi peristiwa ini amat membimbangkan aku untuk masa hadapan..
Dimana kita pada waktu ini..? Apa peranan kita ketika itu? Berjayakah didikan kita untuk mereka semua?
Menyedari banyak kekurangan aku, Aku melihat kepada basic semula
iaitu memantapkan keperluan agama dan rohani.. Menyingkap dimana senjata dan perisai yang perlu
aku sediakan sebelum memikul tanggungjawab.. Panduan BUku Ilmu agama
"Aku Terima Nikahnya" sedikit sebanyak menyunting minda aku untuk memperbaiki kekuranggan..
Nampak buku ini macam orang yang ingin melangkah ke alam perkahwinan.. Janganlah kita pandang bukunya
pada luaran nya.. Pengisian nya meliputi kehidupan dan semua usia.. Banyak lagi cara yang boleh kita
lakukan selain membaca buku yang aku sebutkan ini.. Apa yang penting, kesedaran itu perlu ada, supaya
kita boleh memulakan perancangannya dan menghayatinya.. Bukankah tuhan itu menjanjikan yang terbaik sekiranya kita juga mahukan yang terbaik.. Bukan mudah untuk mendapatkan yang terbaik, kerana yang terbaik itulah perlu melalui cabaran dan dugaan dari ALLAH..

Walaupun sepatah kata..

Terima kasih pada Mu tuhan kerana menyedarkan betapa cetek nye kehidupan..

Kerana rahmatmu juga la, ak mula sedar dan bangkit memperbaiki kekurangan..

kerana kasih sayang Mu juga la, ak mula sedar tentang kekurangan diriku mengenai agama dan kehidupan..

Ia saling berkait rapat..

Sama juga sunnatulallah dan syariat, ia saling menghubungkait..

Kerana kasih sayang Mu juga, ak sedar kesilapan ku meninggalkan anugerah kasih sayang dari Kaum hawa yang kau curahkan..

Ingatlah kamu sentiasa pada ALLAH, kasih sayang kamu pada NYA

supaya kasih sayang itu dicurahkan untuk kita antara insan adam dan hawa..

walaupun sebaris kata, walaupun sepatah kata..

ak sedar itu lahir dari kasih sayang ALLAH itu hambanya


Katakanlah: “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.(3:31)



Khas Untuk Kaum Adam

Wahai Kaum Adam

Janganlah di cari-cari kamu kepada si hawa tentang kecantikan nya.. aku takut kamu akan leka dan tandus dengan cantikkan..

Janganlah di cari-cari kamu kepada si hawa tentang harta nya.. ak takut kamu akan leka dengan peranan mu yang ALLAH amanahkan kepada kamu kepada hawa

Janganlah di cari-cari kamu kepada si hawa tentang keturunannya.. ak takut kamu menjadi alpaa untuk mengunakan peluang yang ada..


PEREMPUAN ITU DINIKAHI KERANA EMPAT PERKARA, kerana hartanya , kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya.. Maka pilihlah yang memiliki agama, nescaya

sejahteralah hidupnya..


Janganlah di cari sesuatu yang kita rase terbaik utk diri kita.. Tetapi kenali kekurangan die supaya kekurangan die boleh kita lengkapkan nya... Biarlah kaum adam meletakkan diri menjadi medan memberi kepada kaum hawa, supaya ia menjadi kan kita lebih memikirkan soal tanggungjawab dan peranan..


“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,
 padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”

- Surah Al-Baqarah ayat 216