Páginas

Powered by Blogger.

Buscar

RSS

Penantianmu Di Syurga




Adakah kita akan dapat bertemu semula dengan pasangan hidup kita dan anak-anak kita di syurga?
Berfikir sejenak tentang hal ini.. Atau pun allah akan menganugerah cinta yang baru disana.. Itu semua ketentuan tuhan.. Dengan berjuta-juta manusia yang mengerumuni syurga yang seluas-luas nya, tentu tidak terjangkau akal fikiran manusia untuk bertemu semula dengan pasangan hidup kita di syurga nant. Manakan tidak nya, cuba bayangkan sahaja di dunia ini, ini pun suda cukup luas pada pandangan mata zahir kita..

Dengan izin NYA, alangkah bersyukur nya kalau dapat di pertemukan semula dengan pasangan hidup kita di syurga.. Tersentuh hati aku membaca sebuah buku berkisah kan penantianmu di syurga.. Bagaimana kedua-dua nya ingin ke syurga..Itu persoalan?? Sudah semestinya dengan menjalankan apa yang di perintah NYA, suami sebagai pemimpin kepada isterinya.. Itu sudah menjadi kebiasaan dan semua orang tahu.. tetapi pada hakikatnya, adakah semua sedar dan berusaha ke arah itu.. Kita semua sama, aku pun sama.. kadang kala terleka dan tersilap..

Mari saya kupaskan dalam konteks yang berbeza.. Mimbimbing pasangan kita ke syurga perlu membimbing sebuah rumahtangga ke arah itu juga.. Isteri jangan di abaikan, anak-anak jangan di pinggirkan.. Demi mencapai kebahagian rumahtangga, memerlukan ketenangan dalam setiap isi rumahtangga..
Bagaimana ingin mencapai ketenangan..? Ketenangan itu ada pada hati yang perlu di ikat hubungan nya dengan tuhan.. Oleh itu bahagia tidak akan wujud tanpa ketenangan dan ketenangan itu pula tidak akan wujud tanpa ikatan hubungan dengan tuhan.. Dan siapa yang mencapai ketenangan yang tinggi sama ada suami mahupun isteri, dia lah yang akan lebih banyak memberi kebahagian kepada pasangan nya dan mendapat kebahagian nya sendiri..

Harta dan wang tidak boleh di tukar ganti dengan sebuah kasih sayang..Didikan agama dan kasih sayang perlu ada dalam rumahtangga.. Berapa ramai kah suami yang betul-betul prihatin pada isteri di kala isteri sakit.. Apabila isteri nya batuk, jawapan nya adalah penyakit orang tua.. Seandainya anak merosakkan harta kesayangan kita, di marahi dan di dendam akan kesilapan nya.. Bagaimana pula bagi yang sibuk bekerja.. Alasan nya adalah untuk isteri dan anak-anak.. Di ketika kekayaan itu dikecapi, di situlah kesihatan terabai, kasih sayang terlerai, anak-anak terpinggir, isteri terabai..

Kadang-kala isteri menunggu suami di depan pintu rumah dengan penuh kebimbangan apabila melihat suami pulang lewat.. Ada kemalangan kah? Kecurian kah? Isteri sering bertanya di fikiran dengan penuh sabar dan kerisauan.. Dan apabila suami sampai di rumah, suami pula menunjukkan muka yang kurang elok pada isterinya.. Layakkah kita mahu menunggu pasangan hidup di pintu syurga sedangkan menunggu di pintu rumah dunia pun kita masih tidak mampu.. Mampukah kita mahu membawa cinta sampai ke syurga..? Bersama lah kita muhasabah dan perbaiki di mana kekurangan nya..  


Fitrah Hati Seorang WANITA




Allah menciptakan wanita dihiasi dengan kelembutan..
kelembutan yang di anugerahkan untuk mendamaikan
diselaputi dengan penuh kesabaran
hati yang belajar erti ketaatan dan kesetiaan

Muslimah sekalian,
Sedarkah kalian secara fitrahnya Allah menciptakan kamu dengan hati yang kuat.
Terkadang emosi kamu yang lebih menguasai hati membuatkan kamu lupa
betapa tabah dan kuatnya hati ini.
Betapa cantik dan indahnya Allah ciptakan wanita itu dengan kelembutan
dan kekuatan yang ada pada kamu.
Bertambah cantik lagi seorang wanita yang menghiasi emosi dan hatinya
dengan cinta kepada Illahi.

Wahai wanita,
Jika kamu sedar betapa kuat Allah ciptakan kamu, janganlah mudah
jatuh pada satu ujian yang diberiNya.
Emosi yang dianugerahkan Allah kepada kamu adalah tanda betapa hati
wanita ini sangat peka.
Peka pada setiap perkara untuk menuju jalan rahmat bahagia.
Bukan tanda kelemahan tetapi sebagai pelengkap dalam rumahtangga.

Muslimat sekalian
Kehadiran wanita untukmu adalah fitrah melengkapkan mu
meghiasi ketenangan di kala kamu keresahan..
menjadi pencetus idea mu melalui naluri hatinya yang penuh rasa
bukan kelemahan dan malah mengukuhkan
mengukuhkan lagi tiang jagaanmu daripada keruntuhan..

Jika kalian jatuh hari ini,bangunlah.
Jangan pernah dikesalkan.
kerana
Hari ini mengajar kalian tentang hari esok.
Agar pengalaman hari ini membuat kalian lebih bersedia dan lebih
mengingatiNya pada perjalanan kalian yang seterusnya.
InsyaALLAH.